"Saya bukannya apa. Saya gurau sikit je dengan awak. Awak tiba-tiba moody tak tentu pasal ni kenapa nya sayang?"
"Masalahnya gurau tu cuba lah elok sikit! Haih dah la malas nak layan awak lagi!"
Mukanya berpaling pada cermin tingkap kereta aku.
Aku diam dan teruskan memandu. Sedikit pun dia tak cakap apa - apa. Apatah lagi nak minta maaf. Aku jenis penyabar. Memang aku seorang yang baran tapi untuk dia, aku sabar. Hanya Allah sahaja yang tahu.
"Sayang, okaylah. Saya minta maaf. Saya tak patut cakap macam tu. Saya yang bersalah dalam hal ni..."
Dia masih lagi diam. Masih lagi berpaling muka dari melihat aku.
"Boleh tak hantar saya cepat! Saya tak tahan tengok muka awak ni!" Dia dah mula mengamuk
"Hmm kenapa ni sayang. Apa salah sangat yang saya dah buat pada awak??"
"Jangan panggil i sayang sayang boleh?"
Aku diam. Hati aku mula panas tapi aku masih lagi mampu untuk bersabar. Biarlah, mungkin dia nak period kot.
Sampai sahaja di rumah dia,
"Bye!!" Pintu kereta aku ditutupnya dengan kuat. Tak sempat aku cakap I LOVE YOU pada dia, dia dah terus keluar kereta.
Aku balik rumah dengan perasaan yang kecewa, sedih, bengang, marah. Tapi dengan siapa yang aku nak luahkan. Kalaulah arwah mak masih lagi ada waktu ni..
"Makk!! Makk!!"
"Ye sayang.. Ya Allah kenapa ni menangis nangis ni..."
"Cikgu pukul adik! Cikgu jahat mak!"
"Haah! Cikgu pukul pasal apa ni sayang? Ada salah kamu buat ke?"
"Hmm, ada.."
"Apa yang kamu dah buat ni syg Adrian.."
"Adrian tak siapkan kerja sekolah tapi cikgu tu tiba - tiba suruh Adrian berdiri atas kerusi. Lepas tu, dia rotan tangan Adrian! Sakit! Cikgu tu jahat!"
"Hm salah Adrian jugak. Kenapa Adrian tak siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Bukan je selalunya Adrian suka buat kerja sekolah Adrian dengan mak..."
"Adrian terlupa kerja sekolah yang tu mak.."
Aku menangis teresak - esak sambil dipujuk mak. Aku peluk tangan mak kuat - kuat.
Kalau dulu, bila di marah, arwah mak lah yang comfortkan aku. Dia pujuk aku sampai aku berhenti menangis.
Aku tiba dia rumah. Rumah banglow yang ditinggalkan keluarga aku sunyi sepi. Kebiasannya Mak Mah yang akan jenguk aku. Tapi dua hari ni, dia tidak sihat. Terpaksalah aku duduk keseorangan.
Mengenangkan incident aku dengan dia tadi membuatkan hati aku tak tenang.
Aku bukak whatsapp. Penuh notification dari whatsapp group. Aku baca satu per satu. Sambil sambil tu aku jenguk whatsapp tunang aku in case dia online. Yeah, as usual dia online tapi tak ada tegur aku.
Memang menjadi lumrah dari dulu lagi, aku yang akan tegur dia dahulu.
Aku nampak dia online, niat di hati nak tegur dia dulu tapi aku biarkan.
She's still online.
"Hm sayang..."
Dia read whatsapp aku tapi tak berbalas.
"I know awak masih lagi marah pada saya. Saya mintak maaf. Im sorry for everything. What i said to you. What ive done towards you. I miss you sayang.."
10minit selepas tu, dia reply whatsapp aku,
"Saya dekat luar dengan kawan saya.."
"Siapa syg?"
"Dengan kawan perempuan saya.."
"Dekat mana sayang?"
"Dekat sini-sini je.."
Hati aku tak sedap. Perasaan aku terasa lain sangat malam tu. Seolah olah ada sesuatu yang merunsingkan fikiran aku.
Aku terus ambil kunci kereta dan keluar rumah.
"Hm laparnyaa ya Allah. Tadi bergaduh sampai lupa nak makan..."
Seperti biasa, aku akan ke kedai makan yang selalunya aku dengan dia makan sama - sama. Kawasan tu memang tak ramai orang. Sebab tu aku suka ke sana.
Melilau aku cari parking. Tiba - tiba,
"Ehh tu macam kereta Farisha...."
Aku ternampak kereta Toyota Vios tunang aku.
Nombor plat kereta yang sangat familiar.
"Laa kat sini ke dia makan dengan kawan-kawan dia.."
Aku nampak dia dari dalam kereta tidak jauh dari meja dia. Aku tak rasa dia nampak aku. Aku lihat dia seorang sahaja. Mungkin kawan - kawan dia ke tandas kot.
Tiba - tiba datang seorang lelaki duduk di meja dia.
Aku lihat mereka macam baru je lepas makan.
Jadi aku biarkan dan aku perhatikan da dari jauh.
Aku kenal sangat dengan lelaki tu. Namanya Haidhar.
Aku mula syak sesuatu. Lantas aku call Farisha.
"Hai sayang. Sayang you dekat kedai makan lagi ke??"
"Ye. Kenapa? Sy dengan kawan - kawan saya ni. Tengah busy"
"Oh yeke sayang. Boleh i datang tak join sekali. I lapar sangat ni syg.."
"I dgn kawan - kawan i. You bungkus je la makan sorang-sorang. Dah cari pasal dengan saya, sibuk nak datang..."
Aku diam. Air mata aku hampir sahaja jatuh lagi lagi bila melihat Farisha dengan lelaki tu tengah makan berdua. Mereka kelihatan sangat mesra. Aku lihat Farisha seolah olah sedang menceritakan sesuatu pada lelaki tu. Aku buntu. Aku jadi bengang. Aku ambil keputusan untuk keluar dari kereta teus menuju ke meja makan mereka.
Sampai sahaja dekat meja makan mereka,
Aku hulurkan tangan bersalaman dengan lelaki tu,
"Haii. Saya Adrian tunang Farisha..."
Aku dapat lihat wajah Farisha yang takut, pucat dan serba - serbi tak kena.
"Sayang jangan takut, i datang sini bukan nak bergaduh dengan you atau pukul mamat sebelah you ni. I datang sini nak bagitahu yang I tak nak teruskan pertunangan kita..."
Haidhar menyampuk,
"Ehh bro, jangan macam ni. Aku kawan je dengan Farisha..."
Aku dengan nada bengang terus menjawab "Kawan lah sangat bila aku nampak kau selamba pegang tangan Farisha. Bermesra - mesra belakang aku. Kalau aku jumpa kau lepas ni, lunyai kau aku kerjakan"
Mamat tu diam.
"Abang, I can explain..."
"Kalau awak nak explain, explain sekarang. Sy dengar...."
"Dia kawan saya. Saya jumpa dia ni pun sebab dah lama tak jumpa. Saya rasa bengang sangat dengan awak sampai saya rasa marah and suddenly I feel like I need someone to talk to..."
"Ohh, you need someone to talk to. I see. Bila kita gaduh you ambil keputusan untuk layan lelaki lain belakang i. Bila kita gaduh you mula untuk whatsapp orang lain belakang i. Bila kita gaduh sikit pun you tak bersabar and cuba untuk berbaik balik dengan i. Mintak maaf apatah lagi. Bodohnya I selama ni percayakan you. You marah I kongkong you selama ni. Ini yang you balas?! You rimas bila i selalu mencari you, ini yang you buat pada i? You marah bila i selalu call you, ini yang you buat? I bagi you berkawan dengan lelaki lain, bila i larang you tak suka, ini yang you balas. Kalau i tahu lebih baik i pergi dekat perempuan lain dari dengan you. Duit saya banyak habis untuk awak. Wedding semua dah planned. Ini yang awak balas!!"
Aku mula naik angin. Nak sahaja aku blah time tu. Tapi aku mesti settlekan hal ni malam ni jugak.
"Saya mintak maaf abang. Saya tahu abang banyak berkorban untuk saya. Saya tahu abang selalu jaga saya dan selalu ambil berat pasal saya. Maafkan saya sebab tak hargai apa yang abg buat selama ni...."
"..dah la. Saya malas nak cakap apa-apa dengan awak. Saya balik dulu. Woi Haidhar, jgn ingat aku tak kenal kau. Make sure hantar Farisha balik sampai depan rumah..."
Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur aduk. Aku bingung, betul ke apa yang aku dah buat ni. Aku takut kalau aku menyesal putuskan pertunangan aku dengan dia macam tu sahaja.
Sampai sahaja rumah, aku terus ambil wuduk dan solat hajat. Memohon kepada Allah supaya kuatkan hati aku.
Empat hari berlalu, aku sedikit pun tak mencari Farisha. Banyak kali dia call aku. Dia whatsapp aku. Dia message aku. Aku ignore kan.
(Nantikan episode 3)
4 comments:
شركة تنظيف فلل بالخبر
ทาง เข้า slotxo บ่อยครั้งที่ท่าน ประสบเจอกับปัญหา ในเรื่องของ หนทางการเข้าเล่น pgslot ผ่านหน้าเว็บ xo ที่ค้นหาทั่วๆไป ตามอินเตอร์เน็ต แล้วพบว่า เข้าได้บ้าง มิได้บ้าง
ทดลอง สล็อต ฟรี เว็บไซต์สล็อตออนไลน์ตัวจริง pg slot ที่อัดแน่นไปด้วยสล็อตประสิทธิภาพหลายร้อยเกมจากผู้ให้บริการที่มีชื่อมากไม่น้อยเลยทีเดียวทั้งโลก พวกเราเป็นผู้ให้บริการสล็อต
pg land slot auto wallet เป็นหนึ่งในเว็บไซต์การเดิมพันสล็อตที่ได้รับความนิยมอย่างแพร่หลายในวงการการพนันออนไลน์ ก่อตั้งขึ้นเพื่อให้ผู้เล่นได้สนุกกับ PG ประสบการณ์การเล่นสล็อตที่น่าตื่นเต้น
Post a Comment