Tuesday, July 19, 2016

Dia pilihan aku

"Adrian! Adrian!" Sini kejap tolong mak dekat dapur!"
Aku rindu akan suara itu. Suara bebelan dari emak. Suara jeritan emak memanggil aku. Masa itu aku sangat degil dan nakal. 

"Kejap mak!", aku menyahut sambil layan cartoon.
"Tak nak la kejap-kejap! Mari la tolong mak dekat dapur ni!"
Aku bingkas bangun dan terus menuju ke dapur

"Ada apa mak??" 
"Ni ha. Mak tak sampai nak ambil periuk dekat atas almari ni. Tolong mak kejap.."

Aku terus mencapai kerusi dan lantas memanjat kerusi itu. Sebaik sahaja aku gapai periuk tersebut, aku tergelincir jatuh.

"Adrian!! Ya Allah!" 
"Aduh.. Sakitnya... Mak, tangan Adrian macam terkehel.."
"Ya Allah Adrian, haih, meh sini mak sapukan minyak angin.." 

Lamunan aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari tunang aku, 

"Hello sayang..."
"Hello bang, mintak tolong sekejap.."
"Apa dia sayang??"
"Saya dekat dalam office. Harini saya tak bawak kereta. Masa nak keluar office, hujan lebat sangat. Bang, tolong ambil saya boleh?"
"Boleh sayang. Lagi 30minit saya sampai. Tunggu sekejap abang siap - siap.."
"Okay abang.."

Aku terus menyiapkan diri, dan ambil kunci kereta aku terus menuju ke Cheras, tempat office tunang aku. 
Semasa dalam perjalanan, aku teringatkan peristiwa yang sangat menyentuh hati aku. Ketika itu aku masih di bangku sekolah. Kebiasaannya emak akan mengambil aku dari sekolah. Tetapi haritu, aku terpaksa menunggu dia lama. Jam dah menunjukkan pukul 6.30petang tapi mak masih lagi tidak muncul. Tiba - tiba hujan turun dengan sangat lebat. Petir sambar menyambar. 
Terpaksalah aku berteduh di pondok sekolah keseorangan. 
Pukul 7.15, mak masih lagi tidak muncul. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari sekolah ke rumah.
Jika berjalan kaki, ia mengambil masa 20minit untuk sampai ke rumah. Kebiasaannya, mak akan mengambil aku menaiki kereta. Sejak ayah pergi meninggalkan aku, mak yang menjaga aku. Ayah meninggalkan kami dengan sebuah rumah, dua biji kereta, dan sebuah syarikat yang ketika itu diuruskan oleh mak dan pakcik aku. Kini aku lah yang mengambil alih syarikat itu.

"Aku benci mak!!!", ayat itulah yang sering aku katakan semasa dalam perjalanan menuju ke rumah. 
Sampai sahaja di rumah, "Mak!! Kenapa mak tak ambik Adrian!!" 

Mak keluar dengan wajah yang sangat pucat, "Maafkan mak Adrian. Mak tiba - tiba sakit dan mak tak tahu nak telefon siapa untuk tolong ambil kamu di sekolah. Pakcik kamu pergi ke luar negara.."
Melihat keadaan mak sebegitu, aku jadi sedih. Sedih yang teramat sangat. Aku serba salah. Aku tak patut cakap yang aku bencikan mak. Dan aku tak patut menjerit pada mak.

"Mak....", aku segera ambil tuala, ku basahkan, dan ku letak pada dahi mak. Dahi mak panas. 

"Mak, jangan la macam ni. Adrian tak tahu nak buat apa mak..."
"Mak tak ada apa - apa Adrian. Cuma mak demam je ni. Adrian tak perlu risau ye. Tolong mak ambilkan ubat di almari dapur tu sayang..."
"Baik mak...."


"Hello sayang.. Saya dah sampai ni. Turun la bawah..."
"Okay bang. Lagi 5minit saya turun.."

Tunang aku. Perangai dia tidak ubah seperti mak aku. Cara dia bercakap, layanan dia, manja dia, perwatakan dia, mengingatkan aku pada mak. 
Tiba-tiba tingkap kereta aku diketuk.

"Abang, maaf. Tadi lif ramai orang. Terpaksa tunggu. Abang dah lama ke tunggu?"
"Eh tak lah. Abang baru je sampai tadi. Sayang, nak makan tak?"
"Nak! Saya lapar sangat sangat! Jum makan... Tapi nak makan dekat mana?"
"Kita makan dekat KLCC lah. Saya teringin nak makan dekat the Bens tu.."
"Jum!"

Hujan di luar masih lagi lebat. Jalan sesak. Aku kuatkan sedikit radio kereta. 
"Abang, harini abang buat apa??"
"Tadi, abang dari office. Kejap je masuk office, terus jumpa client dekat luar. Tak lama lepas tu, awak call saya. Nasib baik saya dah habis jumpa client.."
"La yeke, kalau saya tahu tadi saya tak susahkan abang. Hm.."
"Eh awak ni sayang. Saya ikhlas. Lagipun tanggungjawab saya untuk menjaga awak sehingga akhir hayat saya.."

Dia senyum bila ku ucapkan kata - kata itu pada dia. 

"Sayang, saya dah call orang wedding planner tu. Dia cakap nanti dia akan jumpa kita..."
"Bila tu bang? Saya minggu ni busy sikit. Kalau weekend boleh ke bang??"
"Boleh rasanya. Nanti saya call dia to make sure bila dia free okay sayang.."
"Okay bang..."

Perjalanan memakan masa lebih kurang 45minit untuk ke KLCC. Setiba sahaja aku di KLCC, 

"Abang, nak tanya..."
"Tanya la sayang.."
"Kita dah lama kenal, sekarang dah bertunang. Saya rasa saya banyak sakitkan hati abang, banyak buat abang sedih, ego saya tinggi, saya kuat jealous dan banyak lagi perangai buruk saya. Betul ke abang masih lagi nak memperisterikan saya?"

Aku diam. Sambil mata aku melilau mencari parking kosong, aku mula berkata,

"Sayang. Hm, abang terima awak dari atas bawah. Sejak pertama kali saya kenal awak, awak tak ubah macam arwah mak. Perangai awak betul2 mengingatkan pada arwah mak. Keayuan awak, sopan awak. Manusia tidak dilahirkan sempurna. Dan kita sendiri pun tidak akan untuk menjadikan diri kita sempurna. Saya pun ada buat salah. Saya pun pernah sakitkan hati awak. Tapi awak masih menerima saya kan? Begitu juga saya. 6 tahun saya kenal awak, dan kita akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya pilih awak kerana saya percayakan awak. Saya percaya awak mampu menjaga saya waktu saya jatuh. Saya percaya yang awak mampu untuk bersama saya saat susah senang saya. Dan saya pilih awak sebab awak tak pernah menipu saya. Kalau lah arwah mak masih lagi hidup dia tentu bangga bila tengok saya dengan awak sekarang ni. Dia tentu sayangkan awak sangat sangat. Awak pilihan hati saya. Ini keputusan saya. Saya pilih awak bukan kerana rupa. Saya pilih kerana saya percayakan awak. Awak tak seperti perempuan lain. Bagi saya, awaklah wanita yang tercantik selepas arwah mak..."

Aku lihat air mata dia berlinangan...

"Sudahlah, awak tak perlu sedih. Saya cuma nak kebahagiaan bersama awak. Selama hubungan kita, saya ikhlas. Saya banyak berkorban untuk awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Dulu saya kuat jealous sebab saya terlalu ambil berat pasal awak. Awak lah satu satu nya wanita yang saya cintai selepas arwah mak..."
"Baiklah abang...."

Dia seolah-olah speechless.....

(Nantikan episode 2)

No comments: