Tuesday, June 30, 2015

Dania dan teddy bear

Terkadang aku bingung memikirkan hal dunia. Hal negara sendiri pun aku belum tentu boleh tolong selesaikan. Well, aku orang biasa. Masih lagi menimba ilmu. Masih lagi hidup atas duit parents aku. Aku ni nak dikatakan orang senang, tidak lah terlalu senang. Miskin? Tidaklah terlalu miskin. Hanyalah mampu. Mampu segalanya pun aku rasa sudah cukup untuk mendefinasikan apa yang aku maksudkan ini.
Aku masih ingat kejadian yang lalu. Waktu aku tengah tenang membaca buku sambil mendengar lagu, tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi yang sangat kuat. Aku bukak headphone aku dan lihat di sekeliling aku.

"Tak ada apa pun. Bunyi apa tu.."

Sebaik aku ingin kembali pasang headphone aku,

"Along!! Along!!"

Suara adik aku menjerit! Aku bergegas ke ruang tamu rumah aku.

"Ya Allah adik! Macam mana boleh jatuh?!"

Adik aku, Dania namanya. Masih lagi berumur 4 tahun. Apa yang dia tahu sebut, 'Ayah' 'Mama' 'Along' dan 'Akak'. Dania manis sangat orangnya, putih, gebu, comel, cantik, memang perfect bagi seorang kanak2 yang masih lagi belum masuk tadika.

"*dania menangis*"

Aku terus dapatkan Dania dan mendukungnya. Ketika itu, hanya aku dan Dania sahaja yang berada di rumah. Ayah dan mama keluar jumpa clients. Dan akak aku, keluar dengan kawan2-nya.

Aku dapat lihat tangan Dania merah dan ada sedikit kesan lebam pada lututnya. Aku ingat dia tengah tidur dalam bilik tetamu di bawah. Mungkin aku terlalu leka di luar rumah sehinggakan adik sendiri pun aku tak terjaga. Teruknya aku ketika itu!

Aku mendukung Dania dan cuba untuk memujuknya. Aku beri dia susu, she refused. Aku beri dia gula2, pun dia tak nak. Tiba2 dia cakap,

"Along! Man....... Amaan!!'

Aku tahu apa yang dia nak dari tadi. Dia nak bermain di taman. Yup! Dania sangat nakal budaknya. Tapi senakal dia, Alhamdulillah she's always listen to us.

She likes to dance. I can still remember, masa tu umur dia baru mencecah 2 tahun, and I'm always teach her how to dance dangdut. Surprisingly, she followed me! Every single step! Tergelak aku melihat telatah dia.

Ayah dan mama baru sahaja pulang dari keluar, dan aku baru sahaja selesai memandikan Dania.

"Along! Dania dah wangiii!!" teriak dia kepadaku

"Yea.. Dania dah wangi.. Cepat kiss along!!'

........................

Hari itu hari Ahad. Semua orang ada di rumah. Niat di hati ingin bangun lambat, tapi tidak. Dania masuk bilik aku seawal 7.30pagi lagi. Terus baring sebelah aku, kiss pipi aku, dan tidur di sebelahku. Paling aku rimas, Dania tidur sangat lasak sehinggakan ada suatu kali, kaki dia pernah hinggap tepat di muka aku.

Memang kebiasaannya Dania akan tidur bersama ayah mama setiap malam, dia akan terjaga di awal pagi, dan terus tidur di sebelah aku. Kadang2, dia cari jugak kakak aku. Tapi dia jarang dengan kakak. Aku pun tak tahu kenapa.

Aku terjaga dari tidur sebab Dania betul betul berada atas badan aku. Sukar untuk aku bernafas. Jadi terpaksalah aku bangun dari katil, baringkan dia, dan aku terus mandi. Selesai mandi, ku lihat Dania masih lagi tidur dibuai mimpi. Dania.. Dania..

Kebiasaannya mama akan siapkan breakfast untuk kami. Selalunya dia buat nasi goreng. Tapi pagi itu mama masak special sikit, Spegahetti Carbonara, my favourite! Bertambah-tambah aku makan pagi itu.
Tiba-tiba aku terdengar Dania menangis....

Sambil pegang teddy bear, turun tangga perlahan-lahan, dan tersedu-sedu dia menangis.

"Kenapa ni sayang......?" mama terus dapatkan Dania...

"Dia tengok along tak ada sebelah dia, tu yang dia menangis kot mama. Hahaha" aku menjawab

"Dania, meh sini dkt akak..." akak aku terus mendukung Dania dan bawak dia keluar rumah.

"Kenapa tu? Pagi2 dah menangis anak ayah sorang ni lah....." kata ayah kepada Dania dengan penuh manja

"Harini kita keluar nak?" tiba-tiba ayah tanya kepada kami

"Keluar ke mana?" mama menjawab

"Mana2 je lah. Shopping ke apa2 ke..."

"Okay jeee..."

"Ha pergi la siap....."


(nantikan sambungan episode 2)

No comments: